Mohd Azman

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,455 kes kemalangan jalan raya termasuk lapan maut direkodkan pada hari keenam Op Selamat ke-21 2024 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Komisioner Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata,  sebanyak 1,786 kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari terakhir operasi itu semalam.

“Perbandingan statistik Op Selamat 21 juga menunjukkan bahawa pada hari keenam, kes kemalangan jalan raya merekodkan (peningkatan) sebanyak 194 kes berbanding 1,261 kes pada hari kelima.

“Manakala kes kemalangan maut untuk hari keenam menurun sebanyak tujuh kes berbanding hari kelima iaitu sebanyak 15 kes,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Menurut Mohd Azman, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada hari keenam juga menurun sebanyak sembilan orang berbanding 17 orang semalam.

Katanya, jumlah kenderaan yang terlibat kemalangan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 201 buah berbanding 1,558 buah kenderaan yang direkodkan pada hari kelima pada operasi itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast