Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan penyususunan semula Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang membabitkan tiga portfolio.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan penyusunan semula itu dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada pagi tadi.

Tambah beliau, ia selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Negeri Negarai (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco baharu yang akan memegang portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan.

Beliau mengambil alih tugas ADUN Muadzam Shah, Razali Kassim yang akan menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.

”Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang dipegang oleh Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohammad Fakhruddin yang merupakan ADUN Bebar sebelum ini memegang portfolio Exco Kerja Raya Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang menggantikan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2023.

Razali yang memegang Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan kini berukar portfolia Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan bagi menggantikan Mohammad Fakahruddin.

Menurut Wan Rosdy, penyusunan portfolio ini berkuatkuasa serta-merta.

”Saya berharap dengan penyusunan semula portfolio Exco Kerajaan Negeri Pahang, pentadbiran negeri ini akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri, ” katanya. – MalaysiaGazette