KUALA LUMPUR – Pertemuan di antara Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dibatalkan.
Difahamkan, perjumpaan yang dijadualkan pagi tadi di Seremban dibatalkan atas nasihat pihak berkuasa disebabkan faktor keselamatan dan mengambil kira keadaan semasa.
Menurut sumber, pertemuan berkenaan dijadualkan berlangsung di Galeri Diraja Tuanku Ja’afar pada jam 9 pagi bagi sesi suai kenal dan mengeratkan hubungan antara Menteri Besar, barisan EXCO dan Tunku Nadzaruddin.
Bagaimanapun, Ismail hanya bersarapan bersama barisan Exco dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pagi ini.
















