Foto dari FB singaporeairshow.

KUALA LUMPUR – Rakyat Singapura mengkritik tindakan kerajaan negara itu yang mengundang syarikat berkaitan persenjataan Israel pada Pertunjukan Udara Singapura yang akan berlangsung pada 20 hingga 25 Februari depan.

Kemarahan disuarakan dalam laman Facebook dan Instagram singaporeairshow selepas membenarkan Elbit Systems membuka ruang pameran dalam pertunjukan yang berlangsung di Pustan Pameran Changi.

“Adakah kita sepatutnya mengagumi kehebatan Kumpulan Aeronautik Israel pada pertunjukan udara ini? Jadi, kita membeli senjata daripada mereka semasa mereka mengebom kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa menjadi kepingan dan merampas hak asasi manusia? Orang ramai, termasuk kanak-kanak, terpaksa dibedah tanpa bius? Terima kasih tetapi tidak terima kasih,” kata Phyllists.

“Jika Jepun boleh membatalkan kerjasama mereka dengan Elbit, kita juga boleh melakukannya! Mengapa kita membenarkan syarikat yang menggunakan dron pembunuh untuk membunuh orang awam dan kanak-kanak di bumi kita? Dan mendapat inspirasi? Sebagai apa? Pembunuh?” soal solacesixteen.

“Kami tidak boleh mengadakan perhimpunan tertutup secara aman untuk menunjukkan solidariti kepada beribu-ribu orang awam dan kanak-kanak yang terkorban di Palestin tetapi mempunyai gerai dan dengan bangga mempamerkan kekuatan tentera Israel tidak mengapa? Memalukan dan keji,” kata Nurushahlizakshah.

“Tingkah laku yang memalukan dan tidak profesional dari @singaporeairshow. Kami rakyat singapura mementingkan keharmonian kaum dan agama, terutamanya terhadap warganegara Islam kami. Kami tidak mahu dilihat menganjurkan rejim penjajah yang ganas, genosid dan syarikatnya seperti @israel_aerospace_industries,” komen vallywalliee.

“Haramkan @israel_aerospace_industries datang. Ini akan menyebabkan pergolakan dalam masyarakat pelbagai budaya kita. Seperti yang telah dinyatakan oleh kerajaan Singapyra apabila kami mahukan perhimpunan solidariti untuk Gaza bulan lalu. Larang, boikot, batalkan,” kata Cheekyduette.

“Jika pihak penganjur menganggap kami mahu menyingkir Israel dari pertunjukan udara hanyalah isu Melayu-Muslim, anda silap. Cina Kristian di sini dan saya mahu melihat mereka keluar. Kenapu kamu mengalakkan pembunuhan beramai-ramai,” soal Chariscx.

Edisi kesembilan acara dwitahunan tersebut dijangka akan menari kira-kira 60,000 pengunjung.

Israel mendapat kecaman dunia selepas membunuh hampir 30,000 penduduk Gaza dengan lebiih separuh adalah bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Regim tersebut turut memusnahkan kediaman, hospital, pusat pendidikan dan pelbagai infrastuktir lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast