Kelibat sebahagian anak-anak dalam program berkhatan beramai ramai di Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Serendah, DUN Batang Kali baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 100 kanak-kanak telah menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai sempena cuti sekolah selama sebulan di Hulu Selangor baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali dan Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan dengan kerjasama SP Group Sdn Bhd di Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa 2, Serendah, Batang Kali di baru-baru ini.

“Program Jom Khatan ini berjaya mengumpulkan 100 anak-anak berusia lingkungan antara tujuh hingga 12 tahun yang menetap di kawasan DUN Batang Kali.

Kelibat sebahagian anak-anak dalam program berkhatan beramai ramai di Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa, Serendah, DUN Batang Kali baru-baru ini.

“Saya turut berpeluang bersama lebih lima orang doktor yang bertugas bagi melancarkan program ini dengan lebih efisien.

“Seronok melihat gelagat anak-anak ini, ada yang bersemangat, ada tidak sabar dan ada juga kanak-kanak yang perlu di tenangkan berkali-kali oleh ibu bapa dan juga pasukan doktor dalam program itu untuk berkhatan,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Tambah Dr Sathia, program berkenaan sememangnya satu inisiatif mulia yang diadakan demi memanfaatkan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan berkhatan buat anak-anak mereka.

Reaksi seorang kanak-kanak yang ditemani ibunya sedang ditenangkan Dr.Sathiaprakash dalam Program Khatan Beramai-ramai DUN Batang Kali baru-baru ini.

“Sesuai dengan trend ‘Rahmah’ kini dalam cabaran menangani peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, program ini dianjurkan secara percuma di masjid ini dan saya sangat gembira ia dapat memanfaatkan golongan ibu bapa di DUN Batang Kali ini,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast