Operasi SAR pada hari ketiga ini melibatkan seramai 43 orang pegawai dan anggota dari pelbagai agensi iaitu polis Bentong, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) menemukan mayat mangsa pada pukul 11.50 pagi tadi.

BENTONG – Jasad mangsa Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, yang timbul di permukaan air terjun di Lata Hammer sejurus selepas salah seorang ahli keluarganya melaungkan azan.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Mohd Zaiham Mohd Kahar berkata, mayat mangsa ditemui 11.50 pagi tadi pada jarak lima meter daripada lokasi dilaporkan hilang

”Jenazah mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bentong bagi tujuan bedah siasat. Operasi SAR pada hari ketiga ini melibatkan seramai 43 orang pegawai dan anggota dari pelbagai agensi iaitu polis Bentong, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM).

”Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa lemas Muhamad Hafiz,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zaiham mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan seperti Bentong Trekker yang membantu dan menghulurkan bantuan daripada segi aset dan sumber. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat pelajar lemas di Lata Hammer ditemui