KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sekali lagi menerima anugerah kecemerlangan inovasi peringkat atarabangsa apabila menerima tiga pengiktirafan sempena Public Service Innovation Asia (PSIA) 2024 hari ini.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, tiga anugerah yang baru diterima menjadikan organisasi berkenaan menerima 19 pengiktirafan dalam tempoh tiga tahun ini.
”MBK telah menerima tiga anugerah kecemerlangan inovasi iaitu satu anugerah emas dan satu anugerah perak di Public Service Innovation Asia (PSIA) 2024 sempena Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
MBK turut menerima Anugerah Khas Toronto International Society of Innovation and Advance Skill ( TISIAS) daripada negara Kanada bagi projek inovasi GREEN AC H2O, projek Water Conservation Through Air Condition Raditors.
“Kumpulan USB Mech juga telah memenangi pingat emas bagi project yang sama manakala Kumpulan MARRIS telah memenangi pingat perak bagi Projek RoadcPotholes Restoration,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Pencapaian cemerlang itu sekali gus membuktikan usaha konsisten secara bersepadu dan penyunting semangat untuk 1,100 kakitangan pihak berkuasa tempatan itu untuk terus berkhidmat di daerah ini.
Untuk rekod pada tahun 2023, MBK telah menerima 30 Anugerah di mana enam anugerah di peringkat antarabangsa.
Manakala tahun 2022, MBK telah menerima 34 Anugerah dengan sembilan anugerah merupakan peringkat antarabangsa. – MalaysiaGazette