Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman

KUANTAN – Umat Islam dinasihatkan tidak berbalah dalam isu amalan ibadah sempena amalan Nisfu Syaaban dalam takwim Islam yang jatuh hari ini.

Sebaliknya, bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman menegaskan umat Islam perlu mengambil peluang meningkatkan amal pada bulan Syaaban sebelum menantikan Ramadan.

”Berlandaskan hadis yang kuat dan lemah di mana hadis yang kuat menjadikan hadis tersebut kuat maknanya boleh diamalkan berkaitan sempena Nisfu Syaaban.

”Rasulullah SAW pernah berdoa sendiri pernah menyebut Allah turun di langit bumi ini dan dosa sebanyak bulu kambing akan diampunkan kecuali orang yang syirik dan bermusuhan.

”Malam yang istimewa ini umat Islam disuruh untuk beramal, beribadatlah pada waktu malam dan siangnya berpuasa,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Justeru Abdul Rahman berkata, pada sebelah malam umat Islam digalakkan membaca al-Quran dan sembahyang sunat selain mengaji, berzikir dan amalan sunat lain.

”Berdoa kepada Allah, berzikir sebab banyak hadis yang sahih yang mengamalkan dan dapat keberkatan dan mujarab pada  malam ini, kalau orang tak nak memanglah rugi.

”Walaupun tidak wajib namun orang tidak berdoa merupakan satu kerugian, tambah pula amalan ini juga diamalkan di negara Arab dan seluruh dunia mengamalkannya.

”Siapa yang mohon ampun Allah ampunkan, siapa mohon rezeki Allah perluaskan, siapa susah diperlepaskan sapa yang mohon Allah akan makbul,” tambahnya.

Abdul Rahman sekali gus mengangkal aktiviti membaca  surah Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban yang dikatakan bidaah bagi sesetengah pihak.

”Ada pandangan kata suruh kita kumpul baca al-Quran di mana Yasin bacaan mudah dapat mengumpulkan orang untuk membacanya.

”Baca tiga kali (Yasin) maksudnya baca al-Quran, kemudian doa panjang umur murah rezeki setiap kali Yasin kita berdoa seperti selepas kita buat amalan, maka bertawasul tak salah malahan membacanya menghidupkan malam Nisfu Syaaban.

”Sepatut masyarakat dengar ulama suruh kumpul bukan bidaah tapi bidaah hasanah dalam hal agama tak sepatutnya kita bergaduh sebaliknya kita kena hormat pandangan muktabar.

”Malam ini mohonlah pada Allah dan Allah akan terima doa kita, mohon dipanjangkan umur dan dapat bertemu dengan Ramadan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast