PUTRAJAYA – Pihak luar khususnya ahli-ahli politik disarankan tidak menggunakan isu kejatuhan nilai ringgit sebagai alat dalam ‘sepak terajang’ bidang politik, gesa Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang giat mencari jalan untuk ‘memperbaiki’ penyusutan nilai mata wang negara itu demi kepentingan rakyat di negara ini.
“Kita bimbang kalau ringgit jatuh, kemudian inflasi (akan) naik, pertumbuhan (ekonomi) terbantut, pelaburan tak dapat (masuk). Itu yang kita bimbang tapi sekarang semua angka dan data ekonomi menunjukkan kita di landasan yang betul.
“Sebab itu sementara kita cari jalan untuk perbaiki (nilai ringgit) janganlah jadikan ini sebagai (alat) sepak terajang politik sehingga tidak bersandarkan kepada fakta,” katanya dalam ucapan perasmian program Restu Global Quranic Arts Festival bertemakan Gaya Hidup Islami di Kompleks Nasyul Quran, disini hari ini.
Hadir sama adalah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.
Semalam, Anwar menjejaskan, situasi ekonomi di Malaysia sekarang tidak sama seperti yang berlaku tahun 1998.
Anwar menjelaskan keadaan ekonomi negara kini memperlihatkan nilai pelaburan dalam negara adalah tertinggi yang pernah dicatatkan.
Mengulas lanjut, Presiden Pakatan Harapan (PH) itu berkata, amat penting untuk negara menangani masalah kejatuhan nilai ringgit bagi memastikan Malaysia terus mendapat pelaburan yang tinggi daripada negara luar.
“Walaupun kita menghadapi masalah ringgit tapi pelaburan tahun lalu paling tinggi dalam sejarah. Kadang-kadang orang lupa bila jadi isu politik ini nak hentam sahaja.
“Kalau sudah dunia tidak ada keyakinan pelaburan akan ada pada tahap yang perlahan dunia dan pelabur ada keyakinan maka kita catat pelaburan tertinggi dalam sejarah Malaysia.
“Inflasi menurut dan kadar pengangguran menurun, pertumbuhan ekonomi dapat kita pertahankan dalam keadaan dunia lembap dari segi pertumbuhan ekonomi,” katanya lagi.
Anwar pada Khamis lalu berkata, Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 meningkat 23.0 peratus daripada 2022.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, pelaburan asing adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus.
Perkara itu dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bil. 2/2024 yang diadakan petang kelmarin. – MalaysiaGazette
sebelum kau nasihatkan org lain, kau nasihatkan diri sendiri dan Rapiji tu..Rapiji tu sebelum ni laaa kaki putar masa ringgit jatuh sebelum ni…cakap tak serupa bikin lah ko ni