Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bayi bersia 16 bulan disyaki diberi minum susu yang dibancuh dengan air syabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata pihaknya mengetahui perkara berkenaan berdasarkan laporan daripada Hospital Kajang yang merawat bayi tersebut pada 19 Februari lalu.

Menurutnya, bayi berkenaan  diberikan susu oleh ibu bapanya di sebuah flat dekat Taman Medan, Petaling Jaya.

“Kejadian itu disedari apabila ayah kepada anak kecil tersebut dihantar ke rumah ibu mertuanya di Seri Kembangan.

“Melihat keadaan cucu (mangsa) yang menangis tak berhenti dan terlalu aktif serta agresif nenek mangsa telah bertanya kepada anaknya (ibu bayi) dan dimaklumkan tersalah bancuh susu dengan air mengandungi disyaki syabu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Bayi berkenaan kini dirawat dan dipantau Hospital Kajang dilaporkan stabil.

semakan dilakukan juga mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tambahnya, ayah bayi tersebut mempunyai rekod lampau kes dadah.

Kedua-duanya direman selama tujuh hari hingga 27 Febuari ini

Shahrulnizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.-MalaysiaGazette