Anggota bomba memadamkan kebakaran di bengkel di Taman Keladi.

SUNGAI PETANI- Sebanyak 16 kenderaan termasuk lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan dua buah bengkel di Taman Keladi, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 5.23 pagi.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada 5.45 pagi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ismail berkata, operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Aman Jaya seramai enam orang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Sungai Petani dan Bakar Arang.

Katanya, operasi tamat pada 6.36 pagi dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast