Dua nelayan Myanmar dan bot ditahan oleh Maritim Malaysia di perairan Kerian dan Larut Matang.

KUALA LUMPUR – Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A bersama dua nelayan warga Myanmar di kedudukan 1.0 batu nautika barat daya Muara Kuala Gula Perak kerana disyaki melanggar syarat sah lesen pada Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bot terbabit dikesan oleh pasukan operasi Maritim Malaysia ketika rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.

Hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di atas bot terbabit.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot terbabit memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran penggunaan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan ditahan manakala bot dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya serta tiada kebenaran penggunaan kru warga asing yang sah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast