Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal kini kembali ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah hampir enam bulan di Indonesia.

Junior memuat naik sebuah video di laman media sosial yang menunjukka dia  sedang menjalani sesi latihan bersama JDT bagi persediaan pra musim 2024/25.

“Rumah di mana hati ini berada. Gembira dapat kembali ke JDT,” tulisnya.

Junior sebelum ini memperkuatkan pasukan Harimau Malaya dalam kancah Piala Asia 2023 di Qatar apabila diturunkan dalam dua perlawanan sewaktu Malaysia menentang Jordan dan juga Korea Selatan.

Sebelum ini, dia menyertai Dewa United secara pinjaman daripada JDT.

Namun pemain berusia 33 tahun itu hanya mencatatkan lima penampilan bersama kelab itu ekoran beberapa siri kecederaan yang dialaminya. – MalaysiaGazette