Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan memainkan peranan sebagai pembangkang untuk menggunakan platform Dewan Rakyat bagi menegur kerajaan dalam isu yang mendatangkan kerugian kepada rakyat.

Malah menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, gabungan itu akan menyokong apa-apa insiatif yang akan membawa manfaat kepada rakyat.

“Insya-Allah kami daripada PN mengambil tanggungjawab menegur kerajaan dalam isu yang merugikan rakyat dan negara.

“Ini mengambil semangat daripada Titah Sulung Diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebentar tadi,” katanya mengulas mengenai titah Sultan Ibrahim ketika sesi pembukaan sidang Parlimen ke-15, penggal ketiga pagi tadi.

Baginda berititah, baginda akan menjalankan pemerintahan sama seperti Yang di-Pertuan Agong sebelum ini berdasarkan Perlembahaan dan peraturan yang ditetapkan.

Sultan Ibrahim menegaskan, baginda akan menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah raja-raja untuk memastikan kedaulatan dan kemakmuran negara serta kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast