Peserta yang memegang plakad tanda protes pada himpunan #Reformasi100Peratus bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan ketika di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Para peserta #Reformasi100Peratus mula berkumpul di perkarangan Tugu Negara bagi menyertai himpunan tersebut.

Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu difahamkan akan berarak ke pekarangan Parlimen jam 9 pagi ini.

Turut berada di perkarangan Tugu Negara ini ialah Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Asraf Sharafi Mohd Azhar, dan Wong Yan Ke.

Bersih semalam mengesahkan pihaknya tidak mendapat permit apabila ditanya sama ada perhimpunan tuntut #Reformasi100Peratus di Parlimen diluluskan atau tidak.

Terdahulu Bersih merancang mengadakan himpunan itu esok untuk menyerahkan memorandum bagi mendesak kerajaan menunaikan janji melaksanakan reformasi 100 peratus.

Antara permintaanitu ialah menggesa kerajaan menambah baik perlindungan terhadap pemberi maklumat dan membuka akses terhadap maklumat kerajaan.

Kedua, menetapkan had tempoh jawatan perdana menteri, yang merupakan sebahagian daripada manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Ketiga berkenaan Akta Hasutan, selaras dengan janji pilihan raya PH untuk menyemak semula dan memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast