KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa ringgit terkurang nilai.
Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.
Menurutnya, bank pusat telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut dalam kenyataan ringkas tiga paranya.
Baru-baru ini ringgit menghampiri paras terendah 26 tahun kepada RM4.80 berbanding dolar Amerika Syarikat.
Sejak awal tahun sehingg kini, ringgit telah merekodkan kerugian sebanyak 4 peratus.
Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata penganalisis.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.7775/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7795 semasa ditutup pada Isnin.
Sebelum ini, gabenor dalam kenyataan mediannya berkata, kedudukan ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan. – MalaysiaGazette
.NAJIB NAIK RINGGOT NAIK
. RAFIZI TURUN KOS SARA HIDUP TURUN
TOLAK RAFIZI ANWAR KEKAL