Onn Hafiz Ghazi (kanan) berbual bersama Anwar Ibrahim dan Tengku Zafrul Aziz (tengah) selepas Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya.

JOHOR BAHRU – Johor menerima peruntukan berjumlah RM4.7 bilion bagi pelaksanaan sebanyak 510 projek pembangunan negeri tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembangunan yang bakal dibawa itu sudah pasti memberikan wajah baharu kepada Johor.

“Kerajaan negeri bersyukur dan berterima kasih kerana ini merupakan kali pertama mesyuarat seumpama ini dibuat di Putrajaya melibatkan kerajaan negeri dengan 13 kementerian berkaitan, yang menfokuskan koordinasi secara menyeluruh untuk projek-projek pembangunan yang berimpak tinggi di Johor.

“Terdapat tujuh inisiatif dan projek pembangunan berimpak tinggi dibawa untuk perhatian mesyuarat,” katanya menerusi kenyataan media yang dikongsinya malam tadi selepas menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 12 Menteri Kabinet.

Kerja-kerja pembangunan tersebut membabitkankan menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Selain itu, cadangan Projek Penyuraian Trafik dan Naik Taraf Pengangkutan Awam Di Bandar Raya Johor Bahru dan projek bekalan air Johor,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Caption: Onn Hafiz semalam jadir di Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain turut dihadiri 12 Menteri Kabinet.