Penduduk Kampung Bukit Piatu di sini gempar apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh tembok Masjid An-Ni'mah, Melaka, awal pagi semalam.

MELAKA – Penduduk Kampung Bukit Piatu, di sini, gempar apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh tembok Masjid An-Ni’mah, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira 2 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan jemaah masjid kerana berlaku awal pagi, namun mengakibatkan pagar dan tembok rosak teruk.

Ini adalah kejadian kedua tembok sama masjid berkenaan dirempuh kereta dan kali terakhir kejadian adalah pada Mac 2020.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian semalam, lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Corolla Altis bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika kejadian, pemandu terbabit dalam perjalanan dari arah Taman Semabok Perdana menuju ke Bukit Baru sebelum dikatakan seekor anjing melintas secara mengejut.

“Ketika cuba mengelak, kenderaannya terbabas sehingga melanggar melanggar tembok masjid menyebabkannya runtuh selain keretanya yang rosak di bahagian hadapan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tambahnya, tiada rakaman sistem kamera litar tertutup di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca nahas.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast