Kamala Harris. foto Agensi

TEL AVIV – Gencatan senjata di Gaza yang dimaksudkan oleh Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris hanyalah selama enam minggu.

Media negara zionis The Times of Israel mendakwa, sorakkan kegembiraan orang ramai di Selma, Alabama terhadap gesaan gencatan senjata itu telah menengelamkan ucapan Harris.

“Memandangkan skala penderitaan yang besar di Gaza, mesti ada gencatan senjata serta-merta,” kata Harris memulakan ucapan menyebabkan orang ramai di Selma bertepuk tangan.

Sorakan kegembiraan itu menyebabkan ucapan selanjutnya tidak kedengaran, “…kerana pada sekurang-kurangnya enam minggu akan datang, yang kini ada di meja,” Harris.

“Inilah yang akan membebaskan tebusan dan penyampaian sejumlah besar bantuan (kepada Israel). Ini akan membolehkan kami membina sesuatu yang lebih tahan lama untuk memastikan Israel selamat dan menghormati hak rakyat Palestin untuk maruah, kebebasan dan penentuan nasib sendiri,” kata Naib Presiden Amerika Syarikat itu.

Harris dijadualkan bertemu dengan Menteri Kabinet Perang Israel Benny Gantz di Washington hari ini.

Media perdana dunia sebelum ini melaporkan, selepas lebih daripada seratus orang di Gaza dibunuh Israel minggu lalu ketika mereka berusaha untuk mengambil bantuan kemanusiaan, Harris pada hari Ahad menyeru rejim Israel untuk “melakukan lebih” untuk meningkatkan aliran bantuan.

Pada satu acara di hadapan Jambatan Edmund Pettus di Selma, Alabama, Harris berkata,  “terlalu ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah telah dibunuh” dan penduduk Gaza sedang mengalami “malapetaka kemanusiaan.”

Beliau menegaskan, mereka yang mencari bantuan di Gaza telah berhadapan dengan tembakan dan huru-hara yang gagal menyebut tentang pembunuh Israel.

Beliau seterusnya menggesa rejim Israel untuk mengambil tindakan segera untuk memulihkan perkhidmatan asas dan ketenteraman di Gaza dan menekankan keperluan mendesak untuk “gencatan senjata segera.”-Agensi