IPOH – Adik lelaki kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninggal dunia di Hospital Taiping pada Isnin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, Saarani berkata, Ahmad Rozimi Mohamad, 49, meninggal dunia pada jam 10 pagi.

“Pohon doa daripada semua supaya diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di syurga ALLAH SWT.

“Jenazah sedang dibawa pulang dari Hospital Taiping dan kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al Hamidiah Kampung Raban,” katanya melalui hantaran Facebook, pada Isnin.

Tambah Saarani, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Raban. – MalaysiaGazette