KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (Naccol) serius menangani isu kekurangan beras tempatan dalam pasaran domestik.
Ahli Parlimen Pagoh itu mempersoalkan mengapa kerajaan gagal menangani isu kekurangan beras.
Muhyiddin berkata, beliau pernah menerajui Kementerian Pertanian dan Perdagangan Dalam Negeri suatu ketika dulu.
Katanya, tidak pernah berlaku kekurangan beras dalam pasaran atau kenaikan harga (beras).
“Pada masa itu pun, beras diuruskan oleh Bernas (Padiberas Nasional Bhd).
“Sekarang, saya tidak mengatakan saya bersetuju dengan monopoli 100 peratus, tetapi ia menimbulkan persoalan.
“Sepatutnya beras tempatan patut lebih banyak dari beras import tetapi yang berlaku sebaliknya.
“Ke mana perginya beras tempatan dan sehingga hari ini tiada jawapan daripada kerajaan,” ujarnya semasa perbahasan titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. – MalaysiaGazette