Israel meneruskan pengeboman ke atas Gaza.-Foto media sosial

GAZA CITY – Jumlah rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan berterusan rejin Israel di Gaza kini meningkat kepada 30,543 orang.

Sekurang-kurangnya 124 rakyat Palestin terbunuh dan 210 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang telah dikepung.

“Pendudukan Israel melakukan 13 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza,” kata Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan.

Menurutnya daripada jumlah yang maut 12,300 terdiri daripada bayi dan kanak-kanak manakala 8,000 lagi masih hilang dan dipercayai berada di bawah timbunan bangunan yang runtuh.

Sementara itu 71,920 dilaporkan cedera dalam serangan berterusan Israel di Gaza dari 7 Oktober sehingga semalam dengan 8,663 daripadanya adalah bayi dan kanak-kanak. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast