Tiong King Sing
Tiong King Sing.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensi Tourism Malaysia sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menarik lebih ramai pelancong asing melawat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, antaranya adalah meningkatkan kekerapan penerbangan melalui penerbangan berjadual dan sewa khas atau charter flight.

Jelas beliau, Tourism Malaysia telah menyediakan Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) kepada syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.

“Antara penerbangan yang dibawa masuk melalui GSPC bagi meningkatkan kekerapan penerbangan dan kapasiti tempat duduk adalah penerbangan berjadual (scheduled flight) Dubai (UAE) – Kuala Lumpur dan Karachi (Pakistan) – Kuala Lumpur oleh Batik Air.

“Selain itu, penerbangan berjadual dari Amristar / Trivandrum / Ahmedabad (India) ke Kuala Lumpur oleh Malaysia Airlines dan tujuh (7) laluan menggunakan penerbangan sewa khas dari bandar-bandar first dan second tier di RRC bagi menampung permintaan semasa perayaan Tahun Baru Cina dan cuti Spring Festival.

“Ia melibatkan Nanjing – Tawau, Zhengzhou – Kuala Lumpur, Xi’an – Kuala Lumpur, Chengdu – Langkawi, Chengdu – Kota Kinabalu, Chongqing – Langkawi, Shenyang – Kuala Lumpur,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam memastikan pesawat sewa khas yang membawa pelancong ke dalam negara akan terus menyumbang kepada peningkatan bilangan pelancong dan seterusnya membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

Mengulas lanjut, King Sing menambah, selain itu, Malaysia turut menerima beberapa laluan penerbangan baharu antaranya adalah dari Asia Barat iaitu Dubai – Pulau Pinang/Langkawi oleh FlyDubai, Baghdad – Kuala Lumpur oleh Iraqi Airways dan Jeddah – Kuala Lumpur oleh Batik Air.

Pada masa sama katanya, negara juga menerima laluan seperti dari Asia Tengah iaitu Sabiha, Turkiye – Kuala Lumpur oleh Batik Air, Ashgabat – Kuala Lumpur oleh Turkmenistan Airlines dan Tashkent – Kuala Lumpur oleh Batik Air.

“Malaysia turut menerima beberapa laluan penerbangan baharu dari Asia Utara seperti Kaohsiung – Kuala Lumpur oleh Batik Air, Xian – Kuala Lumpur oleh AirAsia dan dari ASEAN iaitu Batam – Kuala Lumpur oleh Batik Air

“Manakala penerbangan yang dijangkan akan memulakan penerbangan baharu ke Malaysia adalah dari Eropah melibatkan London – Kuala Lumpur oleh British Airways selain dari ASEAN iaitu Phnom Penh – Kuala Lumpur oleh Cambodia Airways dan Changi – Sibu oleh Scoot,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast