Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bayi baru dilahirkan maut selepas dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Kondominium Pinnacle, Sri Petaling hari ini.

Bayi malang yang luka parah di kepala itu masih ada tali pusat ketika ditemui selepas laporan polis dibuat kira-kira 2.30 petang tadi.

Sementara itu, Buletin TV3 melaporkan, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi hari ini.

“Kita masih (siasat), pasukan siasatan ada di tempat kejadian, kita ada bantuan unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik dan elemen siasatan kita buat segala angle yang ada. Kita masih mengesan si pelaku,” jelasnya. – MalaysiaGazette