Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Tun Razak di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 11 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima permohonan maaf daripada seorang pengadu yang sebelum ini mendakwa kehilangan wang sekaligus telah memberi kesan kepada imej dan reputasi kepada agensi itu.

TH dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah memberikan penerangan terperinci kepada pengadu berdasarkan bukti-bukti yang jelas.

“Pada 9 Mac 2024, pihak pengurusan TH telah berjumpa dengan Datu Jabidah Monseri di Kuching, Sarawak dan beliau telah melahirkan rasa kesal serta membuat permohonan maaf.

“TH menerima permohonan maaf dari beliau dan turut berterima kasih kepada Datu Jabidah atas kerjasama baik yang telah diberikan,” katanya Bahagian Komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, TH menegaskan, pihaknya mempunyai sistem pengurusan deposit yang selamat dan teguh serta sentiasa memberi perhatian yang amat serius terhadap keselamatan dan integriti operasi.

“Platform atas talian THiJARI juga telah dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan yang menepati standard dan amalan terbaik pasaran setaraf dengan aplikasi yang digunakan oleh institusi perbankan,” kata kenyataan yang sama.

Untuk pertanyaan berkenaan sebarang transaksi yang mencurigakan, pendeposit boleh menghubungi Hotline Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast