Peserta himpunan memegang replika gambar Tun Mahathir dan Tun Daim pada himpunan pulangkan duit rakyat dengan menyatakan sokongan terhadap tindakkan SPRM untuk membawa pulang berbilion ringgit milik rakyat yang hilang akibat skandal kewangan negara di perkarangan Menara Ilham, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 09 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Gerakan Pulangkan Pulangkan Duit Rakyat konsisten menyokong usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengembalikan wang rakyat berbilion ringgit yang hilang akibat pelbagai skandal kewangan di negara ini.

Justeru jurucakapnya, Ariffin Abu Bakar berkata, memandangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dilantik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah lebih badan bebas itu juga diletakkan di bawah pentadbiran Istana Negara.

Katanya, cadangan yang datang sendiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu akan membolehkan lebih banyak tanggungjawab diberi kepada baginda termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM.

“Kami menjunjung titah Tuanku ini agar SPRM diletakkan di bawah pantauan Istana Negara dan bukannya Parlimen ketika ini.

“Kami juga sedia membantu Yang di-Pertuan Agong untuk memburu semua pihak yang korup, salah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah baik pentadbiran sekarang mahu pun sepanjang era pentadbiran 22 tahun 22 bulan lalu,” katanya.

Jurucakap Gerakan Pulangkan Duit Rakyat, Ariffin Abu Bakar bercakap pada sidang media untuk
menyatakan sokongan terhadap tindakkan SPRM untuk membawa pulang berbilion ringgit milik rakyat yang hilang akibat skandal kewangan negara di perkarangan Menara Ilham, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 09 MAC 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menyatakan sokongan tindakan SPRM untuk pulangkan balik duit berbilion ringgit milik rakyat yang hilang akibat skandal kewangan negara di luar perkarangan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini hari ini.

Ariffin menambah, gerakan itu turut menggesa agar SPRM tidak gentar kepada mana-mana pihak yang mencabarnya ke muka pengadilan kerana suruhanjaya itu perlu kekal bebas dan bukannya tunduk kepada tekanan politik.

“Di kala rakyat dihimpit dengan tekanan kos sara hidup melambung tinggi, langkah SPRM untuk menokhtahkan salah guna kuasa dan salah laku rasuah harus disokong semua pihak.

“Dengan kembalinya duit rakyat berbilion ringgit itu diharapkan dapat memberi kelegaan kepada ekonomi Malaysia dan lebih penting menstabilkan nilai ringgit yang jatuh teruk ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Peserta himpunan memegang replika gambar Tun Mahathir dan Tun Daim pada himpunan pulangkan duit rakyat dengan menyatakan sokongan terhadap tindakkan SPRM untuk membawa pulang berbilion ringgit milik rakyat yang hilang akibat skandal kewangan negara di perkarangan Menara Ilham, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 09 MAC 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast