KUALA LUMPUR – Stesen televisyen kerajaan, TV AlHijrah menyasarkan peningkatan tontonan meningkat sebanyak 10 peratus iaitu melonjak kepada tujuh juta tontonan sepanjang Ramadan ini berbanding 6.4 juta tontonan tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pada Ramadan tahun ini, TV AlHijrah akan menyiarkan sebanyak 22 rancangan Istimewa buat penonton.
Menurut beliau, ia membabitkan pecahannya adalah 20 rancangan penerbitan dalaman dan syndicated antaranya Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan tajaan aplikasi Digital Khair oleh Qudwah Technology dan Ibrah Ramadan.
“Rancangan lain katanya adalah Camca, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya selain satu program branded content iaitu Ehsan.
“Sebanyak 308.5 jam diperuntukkan untuk menayangkan kesemua rancangan-rancangan ini dengan peningkatan 17.8 peratus jam siaran berbanding tahun lalu,” katanya pada majlis perasmian Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah di sini semalam.
Turut hadir, Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Majlis perasmian Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah turut dihadiri Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Majlis perasmian Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah turut dihadiri Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Mohd. Na’im menambah, buat pertama kalinya, TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam iaitu Imam Al-Syafie.
Jelasnya beliau, drama berjudul Risalah Imam Al-Syafie ini akan disiarkan sebanyak 30 episod siaran, setiap hari, pulul 6 petang selain dua filem terbaik Ramadan yang akan ditayangkan adalah Imam dan Perjalanan Pertama.
“Filem Imam adalah filem tempatan yang diterbitkan pada tahun 2023 arahan Mior Hashim Manap yang merupakan adaptasi novel bertajuk sama oleh novelis, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
“Kita mahu mendekati penonton-penonton baharu dengan segmen filem dan drama di mana program agama tidaklah terhad kepada kuliah, forum dan tazkirah semata-mata.
“Filem dan drama juga adalah salah satu bentuk wahana dakwah yang berkesan apabila diolah dengan baik dan ini adalah sebahagian perjuangan TV AlHijrah dalam nuansa dakwah penyiaran,” ujar beliau.
Mohd. Na’im juga memberitahu, dalam memastikan anak-anak muda digerakkan agar memahami dan menghayati al-Quran, TV AlHijrah juga memperuntukkan 141 jam siaran, bagi menyiarkan empat rancangan istimewa bernadakan kalam suci Ilahi.
Katanya, rancangan-rancangan tersebut adalah Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge.
“Peranan TV AlHijrah sebagai salah sebuah agensi Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah untuk memberikan pendidikan kemasyarakatan kepada masyarakat agar saling berkasih sayang serta bantu membantu sepanjang bulan mulia ini.
“Adalah menjadi hasrat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk terus melihat stesen TV AlHijrah sebagai sebuah stesen terulung dalam menyebarkan nilai-nilai Islam yang rahmah serta mesej-mesej kerajaan khususnya agenda membangun Malaysia Madani,” kataya.
Sementara itu, Namanzee berkata, buat pertama kali juga, TV AlHijrah bekerjasama dengan syarikat Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilihat mampu menarik lebih ramai penonton menyaksikan stesen tersebut.
“Kami merupakan stesen media pertama yang bekerjasama dengan ETS KTM dan meletakkan TV AlHijrah dalam tren. Kalau dilihat ETS sekarang mendapat tempat semula oleh pengguna dan jumlah pengguna juga meningkat seperti laporan yang diterima.
“Oleh itu, kerjasama selama setahun ini dapat mempromosikan TV AlHijrah kepada orang ramai sekali gus sebagai salah satu medium dakwah dan berharap dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Akan ada juga beberapa program yang akan melibatkan ETS tren sepanjang bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya,” katanya. – MalaysiaGazette