Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Langkat sedang giat memburu empat suspek yang melakukan samun bersenjata di sebuah kedai di Telok Panglima Garang pada 10 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh
berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan yang kerugian RM1,000 dalam kejadian di kedai milik neneknya.

Mangsa dalam laporan polis memaklumkan dia dan keluarganya didatangi empat suspek yang menaiki Perodua Ativa merah ketika berada di kedai tersebut.

“Kesemua suspek bersenjatakan parang telah memasuki kedai runcit sebelum salah seorang suspek memasuki rumah pengadu melalui pintu hadapan yang berada di tingkat atas kedai runcit.

“Suspek itu bagaimanapun turun ke bawah selepas ibu pengadu bangun dan menjerit mengejutkan bapa pengadu yang sedang tidur di dalam bilik mereka,” katanya di sini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan wang tunai.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat.

Polis juga sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kejadian samun itu. – MalaysiaGazette