Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Semenanjung diseru melanggan akhbar dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

“Bagi menjayakan inisiatif ini, sekolah-sekolah KPM di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPM, pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada.

“KPM percaya inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast