Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Empat lelaki direman enam hari sehingga 20 Mac ini selepas disyaki terlibat dalam tiga kes pecah rumah di sekitar Johor Bahru.

Mereka yang berusia antara 23 hingga 41 tahun itu ditahan 14 Mac lalu lebih kurang jam 5 hingga 11 pagi.

Dalam tangkapan itu, polis turut merampas resit pajak gadai, kad pengenalan orang lain, wang tunai, dadah, telefon bimbit, pemutar skru, test pen dan beg silang.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisoner, Raub Selamat berkata, kesemua suspek ada tujuh rekod dadah dan tiga jenayah.

Saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati tiga positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun bagi kesalahan kali kedua atau denda atau sebabt.

Selain itu, Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duannya.

Raub berkata, dengan kejayaan ini, pihaknya berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di kawasan Iskandar. – MalaysiaGazette