ROMPIN – Lelaki yang dilaporkan hilang di Kuala Rompin sejak 12 hari lalu ditemui hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, Tea Lai Huat, 38, berada dalam tahanan berhubung kes dadah di Johor.
“Syukur mangsa dijumpai dalam keadaan hidup di Johor dan (berada) dalam tahanan atau siasatan kes dadah oleh agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan isteri mangsa membuat laporan polis pada 8 Mac lalu berhubung kehilangan lelaki itu. – MalaysiaGazette