Nurul Aina Najwa Abdul Fatah

KULAI – Polis Johor meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan  remaja perempuan dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, Nurul Aina Najwa Abdul Fatah,16, yang juga merupakan pelajar tahfiz di negeri itu dilihat kali terakhir berada di rumahnya di No 102 Block 3,Tingkat 1 Kuaters Hospital Temenggung Seri Maharaja, Kulai pada jam 12.30 pagi, 5 Mac lalu.

“Remaja ini mempunyai ketinggian kira-kira 155cm, bentuk badan berisi, muka bulat serta becermin mata dan berkulit putih.

“Nurul Aina merupakan anak sulung dan mempunyai dua adik tiri yang tinggal bersama ayah dan ibu tirinya.

“Ayahnya berusia lingkungan 30an bekerja sebagai pemandu ambulans manakala ibu tirinya merupakan guru tuisyen,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Laporan kehilangan remaja itu dibuat keluarga di Balai Polis Kulai pada hari yang sama.

Menurut Seng Lee, berdasarkan maklumat yang diterima, remaja terbabit mempunyai enggan untuk pergi ke sekolah disebabkan persekolahan yang baru bermula.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Ins.p Teo Feng Shun di talian 018-3774339 atau Balai Polis Kulai di talian 07-6632222.-MalaysiaGazette