Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour bercakap kepada media pada Pembentangan Laporan Tahunan 2023 Bank Negara Malaysia (BNM) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan penurunan nilai ringgit adalah bersifat sementara dan bersifat faktor luaran.

Menurutnya, melangkah ke hadapan, faktor global dan domestik dijangka menyokong pemulihan ringgit secara beransur-ansur tahun ini.

Sejak awal tahun ini ringgit telah menyusut daripada RM4.60/USD kepada RM4.79/USD pada 20 Februari bagaimanapun telah pulih kepada RM4.70/USD setakat 15 Mac.

“Melihat ke hadapan, pasaran kewangan menjangkakan ringgit terus meningkat sehingga 2024 dan meneruskan aliran meningkat apabila kesan faktor global semakin berkurangan,” katanya.

Menurutnya, kenaikan kadar dasar (OPR) yang lebih besar di negara lain telah menjejaskan ringgit berbanding mata wang lain.

Katanya, beberapa penganalisis telah mengunjurkan lebih jauh ke 2025 dan menilai ringgit untuk terus mengukuh.

Ini disokong oleh beberapa faktor termasuk pengurangan dalam kadar dasar AS pada tahun tersebut dijangka mengurangkan tekanan terhadap ringgit dan mata wang lain.

Pemulihan dalam pertumbuhan negara serantau juga dijangka meningkatkan aliran masuk ke rantau ini, memberi manfaat kepada Malaysia dan ringgit.

“Tambahan pula, dalam pasaran domestik, prospek ekonomi yang menggalakkan dan pelaksanaan pembaharuan struktur dijangka memberi sokongan kepada ringgit.

“Namun begitu, kami tetap berwaspada terhadap faktor yang boleh meningkatkan risiko penurunan ringgit, seperti momentum pertumbuhan China yang perlahan dan harga komoditi global yang sederhana,” katanya.

BNM kataya, telah dan akan terus mengambil langkah bersepadu untuk menguruskan tekanan jangka pendek terhadap ringgit.

Ini termasuk usaha yang dipergiatkan untuk menggalakkan penghantaran pulanghasil  dan penukaran pendapatan pelaburan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Meningkatkan perbincangan dengan korporat dan pelabur dan memantau tingkah laku penukaran pengeksport dan pengimport domestik dan melibatkan mereka pada sebarang trend luar biasa yang kami perhatikan.

Abdul Rasheed berkata demikian kepada media sempena penerbitan Laporan Tahunan 2023 (AR 2023), Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 (EMR 2023) dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2023 (FSR 2H 2023). – MalaysiaGazette