Benjamin Sesko. Foto Sky Sports.

LONDON – Manchester United dilaporkan secara diam-diam berkerja untuk memburu mendapatkan penyerang baharu pada perpindahan musim panas ini bagi menggantikan Anthony Martial.

Salah satu nama yang sedang hangat dikaitkan dengan United ialah Benjamin Sesko iaitu penyerang muda RB Leipzig.

Pasukan pencari bakat kelab dilaporkan telah memgenal pasti bahawa pemain muda itu mempunyai profil yang cukup lengkap untuk menjadi pesaing kepada Hojlund.

Give Me Sport melaporkan bahawa peluang United untuk mendapatkan pemain muda tersebut sangat besar kerana yuran perpindahan pemain tersebut agak berpatutan.

“Penyerang berusia 20 tahun itu dilaporkan mempunyai klausa pelepasan di RB Leipzig sebanyak €50 juta Euro(43 juta pound).

“Dengan nilai tersebut dapat difahami bahawa Manchester United percaya bahawa penyerang itu boleh didapati tanpa halangan pihak RB Leipzig selagi Manchester United membayar nilai tebusan tersebut,” kata laporan itu. – Agensi