KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memeriksa 20,854 premis bazar Ramadan, bazar Aidilfitri pasar awam, pasar basah, pasar rayadi seluruh negara dalam Ops Pantau 2024 yang dijalankan dari 12 Mac hingga 23 Mac 2024.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 84 kes telah didapati melakukan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sSejumlah 685 pemeriksaan di bazar Aidilfitri telah dilaksanakan di seluruh negara sejak Ops Pantau dilancarkan.
Manakala sebanyak 623 aduan oleh pengguna juga telah diterima dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan.
Antara kesalahan yang diambil tindakan meliputi kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan.
“KPDN ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.
Pengguna juga dinasihatkan agar sentiasa berjimat-cermat dan merancang perbelanjaan bagi mengelakkan daripada dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini selain mengelakkan pembaziran sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Ops Pantau yang dilancarkan bermula 12 Mac 2024 bertujuan untuk memastikan pematuhan oleh peniaga sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri ke atas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kementerian selain memastikan perdagangan domestik terus berkembang pesat dengan perlindungan yang lebih efektif ke atas pengguna.
Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku oleh peniaga berhubung perkara di atas boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:
i. WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN; dan
v. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) : 03-8882 6245 / 6088.
– MalaysiaGazette