Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Bukit Kiara Kuala Lumpur. Foto MALAYSIA GAZETTE.

KUALA LUMPUR – Makamah telah mensabitkan lima kes jenayah dan denda sebanyak RM8.7 juta, bersama RM4.8 juta penalti sivil daripada pertuduhan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) tahun lalu.

SC turut melunaskan RM13.8 juta penyelesaian kawal selia yang dibuat dengan enam orang dalam kes berasingan.

Selain itu, 140 sekatan pentadbiran telah dikenakan, menyebabkan SC mengenakan denda dan penalti berjumlah RM19.5 juta.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dalam LaporSyarikat Senaraian Awam (PLC), yang akan membantu dalam meramalkan kemungkinan salah laku, memberikan pandangan, mengesan kawasan risiko dan mengenal pasti trend dan kebimbangan yang muncul.

Alat ini dibangunkan secara dalaman dan akan memberikan gambaran menyeluruh bagi setiap PLC dan juruaudit.

Menurut laporan tersebut, SC terus mengekalkan tumpuan yang kukuh untuk menggalakkan tadbir urus korporat yang baik (CG).

Dalam Penilaian Tadbir Urus Korporat ACGA 2023, SC mengekalkan kedudukan kelimanya dalam kalangan 12 pasaran Asia-Pasifik.

Dalam pada itu, SC menerima sebanya 3,262 aduan dan pertanyaan mengenai penipuan dan aktiviti tidak berlesen pada 2023, peningkatan tiga kali ganda dalam tempoh lima
tahun lalu dari 2019 hingga 2023.

SC juga telah meningkatkan usaha untuk melindungi pelabur dan memerangi penipuan dengan menubuhkan pasukan petugas dalaman untuk menyelaraskan campur tangan anti-penipuan,
mempertingkatkan halaman Senarai Peringatan Pelabur dan membangunkan platform seperti ‘Investment Checker’ (Pemeriksa Pelaburan) dan Meter Penipuan untuk pelabur. – MalaysiaGazette