Pesawat pengangkut C-130 milik RSAF menggugurkan bantuan kepada penduduk Gaza.

GAZA – Seramai 18 rakyat Palestin telah terbunuh ketika cuba mengambil bantuan yang amat diperlukan di utara Gaza.

Pejabat media kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata, 12 s orang mati lemas apabila mereka pergi ke laut untuk mengambil bungkusan makanan yang jatuh dari udara.

Manakala enam lagi mati dalam rempuhan apabila bungkusan bantuan mendarat di atas tanah.

“Bantuan yang dijatuhkan dari udara perlu dihentikan kerana ia tidak sesuai,” katanya.

Dalam satu video menunjukkan menunjukkan penduduk Palestin bergegas berlari ke arah pantai selepas bantuan dijatuhkan berhampiran bandar utara Beit Lahia pada hari Isnin.

Berpuluh-puluh penduduk berlari mendapatlan bungkusan bantuan yang diturunkan dengan payung terjun.

Amerika Syarikat telah menggunakan dua pesawat untuk menggugurkan makanan sedia untuk dimakan manakala United Kingdom menerbangkan 10 tan air, beras, minyak masak, tepung, barangan tin dan formula bayi.

Sebelum ini, organisasi kemanusiaan telah memberi amaran bahawa pengguguran barangan bantian tidak dapat memenuhi keperluan makanan yang meningkat dan strategi itu telah mencetuskan banyak isu. – Agensi