KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR)yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 0.3 peratus pada Februari 2024 daripada negatif 0.6 peratus pada Januari 2024.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 6.0 peratus (Januari 2024: 3.2%), disumbangkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (8.1%), perikanan (7.5%) dan pengeluaran ternakan (4.3%).
Pada masa yang sama, sektor perlombongan mencatatkan peningkatan 5.3 peratus (Januari 2024: -1.3%) dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah mencatatkan peningkatan 7.9 peratus.
Indeks bekalan air meningkat 3.6 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 0.6%) selaras dengan kenaikan tarif air di seluruh negara bermula pada 1 Februari 2024.
Sektor bekalan elektrik & gas juga meningkat perlahan 0.1 peratus pada bulan ini (Januari 2024: -0.8%).
Sementara itu, sektor pembuatan terus menurun negatif 0.7 peratus (Januari 2024: -0.9%) disebabkan oleh penurunan dalam indeks pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-12.6%) dan pembuatan produk makanan (-3.3%).
Beliau menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat
0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Sektor pembuatan kekal tidak berubah, manakala semua sektor lain mencatatkan kenaikan pada bulan ini.
Sektor perlombongan naik 5.7 peratus dengan peningkatan dalam indeks pengekstrakan
petroleum mentah (5.8%) dan pengekstrakan gas asli (5.2%).
Sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 2.6 peratus disebabkan oleh penanaman tanaman kekal (4.3%) dan perikanan (3.7%).
Bagi sektor utiliti, kedua-dua bekalan elektrik & gas dan bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 0.9 peratus dan 2.7 peratus pada Februari 2024.
Mengulas mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan,
Mohd Uzir berkata, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 5.6 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 2.3%), dengan indeks bahan bukan makanan mencatatkan peningkatan 6.0 peratus.
Indeks barang siap juga meningkat 1.1 peratus (Januari 2024: 0.5%), disebabkan oleh peningkatan indeks kelengkapan modal (2.9%).
Walau bagaimanapun, indeks bahan perantaraan, bekalan & komponen terus turun negatif 1.7 peratus (Januari 2024: -2.0%) disebabkan oleh indeksbahan api yang diproses & pelincir (-12.9%) dan bahan & komponen untuk pembuatan (-0.5%).
Pada asas bulanan, semua indeks menunjukkan peningkatan pada bulan ini. indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 2.7 peratus, manakala indeks barang
siap dan bahan perantaraan, bekalan & komponen masing-masing meningkat sebanyak
0.7 peratus dan 0.1 peratus. – MalaysiaGazette