Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meninjau keadaan air Sungai Pahang yang surut. Foto FB Kesultanan Pahang

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El-Nino ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan hari ini.

Sebelum ini, baginda menitahkan agar dilaksanakan solat hajat di semua masjid dan surau di Pahang bermula 23 Mac lalu.

Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melaksanakan solat hajat khas itu selepae solat Isyak iaitu sebelum terawih bagi sama-sama mendoakan agar Allah SWT menurunkan hujan dan paras air sungai kembali normal.

Enam kawasan di Pahang berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) kerana suhu harian mencapai maksimum 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – MalaysiaGazette