Hafizul Hakim.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur City (KL) mengesahkan kehadiran bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim selepas melengkapkan perpindahan dari Harini FT untuk musim 2024/25.

Hafizul merupakan bekas penjaga gol kebangsaan bagi skuad Malaysia di kempen Piala AFF edisi 2018.

Ketika itu, Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada Vietnam dengan agregat 2-3.

Selain Harini FT, penjaga gol berusia 30 tahun ini sebelum ini pernah beraksi untuk Penang FC (2022), Perak FC (2016-2021) dan juga Melaka United pada musim 2015. – MalaysiaGazette