Kon Yeow (kanan) bersama Ivan Loh (dua dari kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Hospital Gleneagles Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan bulan Ramadan sebagai salah satu peluang untuk wakil rakyat mendampingi masyarakat khususnya umat Islam.

Kon Yeow berkata, ia susulan pelbagai aktiviti termasuk pengagihan bubur lambuk serta majlis berbuka puasa yang dianjurkan pihak kerajaan mahupun swasta disertai masyarakat pelbagai kaum.

“Pejabat saya sendiri ada aturkan program sebegini (santuni masyarakat) untuk saya pergi ke setiap daerah sekali gus memupuk semangat Perpaduan pada bulan mulia ini.

“Jadi bulan Ramadan ini adalah satu kesempatan yang baik untuk wakil rakyat mendampingi masyarakat khususnya umat Islam yang menunaikan ibadah puasa.

“Saya juga percaya menerusi program sebegini, kita dapat melangkah keluar daripada zon selesa sekali gus dapat memahami keperluan orang lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Terdahulu, Kon Yeow hadir majlis agihan bubur lambuk oleh Hospital Gleneagles Pulau Pinang di Jalan Pangkor di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Ivan Loh berkata, sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang awam secara pandu lalu di hospital berkenaan.

“Porgam ini adalah tanggungjawab sosial korporat untuk mengeratkan hubungan kakitangan dan masyarakat setempat.

Ivan Loh.

“Kami percaya rezeki dikongsi ini boleh membawa kebaikan kepada semua dan peluang menyambut bulan yang mulia ini bersama masyarakat setempat yang berbilang bangsa

“Selain itu, pengagihan bubur lambuk turut diberikan kepada petugas barisan hadapan iaitu di balai bomba dan polis berhampiran,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast