Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandari Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Program Memasak Bubur Lambuk bersama penghuni Kompleks Penjara Bentong pada semalam

BENTONG – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandari berkenan berangkat bercemar duli ke Program Memasak Bubur Lambuk bersama-sama penghuni Kompleks Penjara Bentong di sini semalam.

Sebanyak 3,340 bekas dihasilkan dalam program yang julung-julung kali diadakan bersama-sama penyertaan 100 banduan lelaki dan wanita.

Program berkenaan bermula jam 9 pagi.

“Menariknya, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut berkenan ‘menurunkan ilmu’ berkongsi resepi tujuh jenis kek kepada banduan wanita di Bengkel Pastri penjara berkenaan.

“Tanpa mengenal penat lelah setelah memasak bubur lambuk, baginda mengadunkan pula tujuh jenis kek bersendirian sambil berkongsi tips bagi menghasilkan kek yang sempurna dan sedap,” menurut Facebook Kesultanan Pahang.

Beberapa jenis kek juga dihasilkan termasuk kek oren, kek lemon, kek nutella, kek durian, kek ceri, victoria sandwich dan kek bahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast