BENTONG – Polis mengesahkan kesesakan aliran trafik teruk berlaku di Kilometer 54.1, Lebuh Raya Karak-Bentong arah menghala Timur awal pagi tadi berpunca akibat kemalangan berhampiran Hentian Rehat Lentang.
Kemalangan berlaku membabitkan sebuah bas terbabas dan terbalik dalam kejadian 8 pagi tadi memuatkan 19 penumpang dan seorang pemandu, menurut sumber.
Difahamkan dua penumpang maut merupakan seorang lelaki dan seorang wanita manakala pemandu bas cedera telah dihantar ke Hospital Bentong.
Sehingga 9.30 pagi ini kini kerja-kerja mengalih bas sedang dilakukan. Justeru aliran trafik masih sesak sejauh dua kilometer menghala ke Bentong.
Pihak polis masih dalam siasatan lanjung berhubung insiden tersebut.
Laporan lanjut menyusul. – MalaysiaGazette