KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon maaf susulan tularnya klip video pendek yang memaparkan dakwaan beliau menolak penggunaan perkataan kafir.
Menurut Ketua Wanita PKR itu, permohonaan maaf itu ditujukan kepada pihak yang terguris atas salahfaham ekoran klip video berkenaan.
“Saya tidak kompromi soal fitnah dan tuduhan jahat, serta kesengajaan penyelewengan konteks, lebih-lebih lagi ancaman keselamatan terhadap diri saya dan keluarga.
“Hakikatnya, ia adalah suatu salah faham dan kesengajaan penyelewengan konteks sebagaimana dinyatakan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal sebelum ini dikritik hebat ekoran penularan satu klip video yang didakwa disunting mengenai ‘perkataan kafir pun saya haramkan di rumah, saya tak ajar anak saya sebut kafir’.
Ia menyebabkan Menteri Pendidikan menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen.
Menurut Fadhlina lagi, pandangan yang diberika pihaknya itu dibuat dalam majlis tertutup ketika beliau menyentuh kemelut penyebaran sentimen kebencian, sikap ghuluw (melampau) dan gejala takfiri dalam kalangan segelintir masyarakat.
Jelas Fadhlina, sentimen jahat tersebut menular sehingga kepada anak-anak di sekolah dan ia tercetus hasil interaksi mereka dengan orang lebih dewasa yang mengambil pendekatan ekstrem.
“Saya sebutkan bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya menyebut istilah ‘kafir’ yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga non-Muslim yang hidup bersama-sama dalam negara tercinta,” jelasnya.
Pada masa sama, Fadhlina turut mengingatkan dia tidak akan berkompromi dengan siapa atau mana-mana pihak yang terlibat dalam fitnah terhadapnya.
“Ia adalah suatu percubaan jahat yang ingin mencalarkan imej dan kredibiliti saya, seterusnya berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkait “3R” dengan melakukan pemesongan makna dan menyebabkan saya ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah, malah diancam keselamatan.
“Pihak peguam juga sedang dalam proses mengumpulkan bukti-bukti menerusi media sosial yang pelbagai termasuklah dalam bentuk hantaran, kongsian, komentar dan lain-lain medium. Kelihatan banyak pengguna media sosial telah bertindak di luar kawalan termasuk terlalu melampau dalam bereaksi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ingat-ingat lah dengan Allah.
Kafir bukan penghinaan, sebutan dari kalam Allah untuk membezakan antara golongan muslim dengan kaum yang bukan beragama Islam.
Ada satu surah dalam Al-Quran Al-Karim. Yang mana perkataan tu Allah swt gunakan dlm surah tu. Jadi kite nak sebut ape ah surah tu. Cuba teman habaq mai. Teman nak tau juge ni…
Kalau benci, kata benci..
Biar senang di hati
Kasih kanda kasih suci
Kasih sepenuh hati…