Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan pelajar Sesi 1: 2024/2025 ke program sijil dan diploma di 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti melalui e-Borang MyPolyCC dibuka mulai hari ini, 3 April hingga 10 Mei 2024.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pembelian nombor pin tidak diperlukan.

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, permohonan dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bukan tahun semasa), lepasan Sijil Politeknik/ Kolej Komuniti/ KolejVokasional/ Institut Tinggi PERDA/ Institut Kemahiran MARA/ Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) bagi semua program pengajian sijil dan diploma Politeknik dan Kolej Komuniti.

Permohonan juga dibuka kepada pelajar yang tamat pengajian Tingkatan 5, sekolah pendidikan khas bagi 13 program Pendidikan Esklusif Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditawarkan di lima buah Politeknik dan 13 buah Kolej Komuniti.

Tawaran ini terhad kepada kumpulan pelajar OKU (masalah pendengaran) dan OKU (masalah pembelajaran).

Melalui agenda peluasan akses, mulai sesi 1 : 2024/2025 lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka laluan permohonan ke program diploma Politeknik dan Kolej Komuniti.

Di samping itu, pemilik sijil APEL juga dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat sijil dan diploma.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan tersebut boleh diajukan secara
terus melalui alamat berikut:-

Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 6, Galeria Pjh, Jalan P4w, Persiaran Perdana,
62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No. Tel : 03-88883837
No. Whatsapp : 03-88885625
E-mel : [email protected]
Facebook : POLYCCOfficial dan polycc Edu
Instagram : POLYCCOfficial dan polycc.edu_

– MalaysiaGazette