Razali Kassim

KUANTAN – Sekurang-kurangnya  2.3 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang menjelang hari raya Aidilfitri tahun ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Razali Kassim, ia merupakan peningkatan 300,000 kenderaan berbanding tahun lalu.

“Pengguna jalan raya dinasihati mematuhi peraturan dan meningkatkan tahap kesabaran sepanjang pemanduan.

“Sebaiknya memandu dalam keadaan sihat dan jika mengantuk, berhenti seketika dan berehat untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui sempena kempen Op selamat di Jalan Kuantan-Kuantan, Inderapura, di sini, hari ini.

Menurut Razali, kebanyakan kemalangan terjadi berpunca daripada sikap  tidak sabar dan gagal mengikut peraturan jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast