KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO mempersoalkan mengapa Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin masih mengulas mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zakarshi berkata, tidakkah Azman sedar kecaman yang dibuat itu telah mengapi-apikan lagi isu ini.
“Setpol PM Azman Abidin membidas pihak yang masih mengapi-apikan isu penjualan stoking ada kalimah Allah di KK Mart. Siapa?
“Apa perlunya dia terus bagi komen? Dia yang 2X5,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor mengulas kenyataan Azman di sebuah portal yang meminta pihak yang masih mengapi-apikan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart perlu menghentikan perbuatan tersebut dengan segera.
Katanya, masyarakat Muslim tidak sewajarnya berlaku zalim atas nama agama.
“Islam tidak menyuruh umatnya melakukan demikian. Saya rasa semua pihak telah mendapat isyarat bahawa isu stoking mengundang kemarahan umat Islam.
“Mesejnya sangat jelas. Sekarang bukan lagi masa untuk terus memainkan isu tersebut atas alasan memperjuang agama dan bangsa,” kata Azman.
Menurut Puad, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh telah pun ditahan dan siasat.
“Tetapi kenapa kamu masih juga beri komen? Tuduh pula boikot itu zalim. Apa zalimnya?
“Ada Pemuda UMNO tunggu depan kedai KK Mart halang dan orang mereka yang nak masuk?,” soalnya. – MalaysiaGazette
mereka telah merancang supaya isu ini terpaling balik kepada Dr Akmal selepas itu ada rancagan lain..?