Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor yakin Forest City akan kembali bernafas dengan kegiatan ekonomi yang akan dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelbagai penganjuran bakal diadakan di kawasan itu dalam masa terdekat.

“Insyallah Forest City akan bertambah rancak selepas ini.

“Ini termasuklah penubuhan Special Financial Zone (SFZ), penubuhan Iskandar Malaysia Facilitation Center (IMFC) dan penganjuran ASEAN Tourism Forum pada 19 hingga 25 Januari 2025 nanti.

“Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memastikan bahawa Forest City adalah sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Onn Hafiz, penubuhan IMFC di Johor adalah yang pertama melibatkan kerjasama pelaburan antara agensi persekutuan dan negeri yang akan memudahkan urusan perniagaan serta menarik lebih banyak pelaburan ke Johor. -MalaysiaGazette