Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Polis akan menutup laluan berhampiran susur keluar di Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub bagi mengelak tindakan sesetengah pemandu kenderaan yang membuat pusingan U.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, anggota yang bertugas sentiasa memantau pergerakan kenderaan di semua kawasan panas di lebuhraya seluruh bagi mengelak kesesakan dan kemalangan.

“Disebabkan kadar aliran kenderaan yang tinggi memang akan menyebabkan kesesakan di situ dan anggota kita ada terlibat tuga menjaga trafik di Raub.

“Tindakan mereka (pemandu) buat u turn itu memang tak sepatutnya berlaku. Jadi buat masa ini, kita lebih memberi nasihat kepada pemandu keraa orang hendak balik kampung dan kita bukan nak cari kesalahan mereka atas jalan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Razarudin, bagi mempermudahkan kelancaran lalu lintas di lebuhraya khususnya berhampiran Raub, polis akan mengambil pendekatan menutup laluan sebagai langkah menghalang pemandu membuat pusingan U yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna lain.

“Mungkin kita akan tutup u turn itu untuk elak mereka membuat pusingan di situ, itu salah satu pendekatan kita yang akan dilaksanakan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Razarudin menjelaskan Op Selamat 22 Aidilfitri 2024 bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ membuka tirai pada hari ini hingga 13 April ini dengan melibatkan hampir 6,000 pegawai dan anggota di seluruh negara.

Menurut beliau, konsep Op Selamat 22 bertumpu untuk mengurangkan kemalangan tahap paling minima, memastikan aliran trafik berjalan lancar di lebuh raya seluruh negara.

“Objektif sama pendekatan berteraskan total enforcement dan delivery service masih dikekalkan seperti tahun-tahun lepas bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah lagi pada kali ini semasa balik menuju ke kampung halaman masing masing.

“Kita mahu membendung peningkatan kemalangan kematian, menguruskan kelancaran kereta selain mencegah kejadian pecah rumah dan meningkatkan rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan. enam kesalahan utama yang membabitkan tindakan mahkamah tanpa kompaun antaranya kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong garisan kembar, memandu di lorong kecemasan dan melanggar lampu merah terus dikuatkuasakan.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Buat u-turn LTU Raub: Lepas raya jumpa di balai polis – Shahril