Keadaan Proton Exora yang terbabas di Jalan Felda Lembah Kla 2, Raub.

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang kereta pelbagai guna (MPV) Proton Exora meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaiki terbabas ke dalam parit di tepi jalan di Jalan Felda Lembah Kla 2, Raub.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.33 petang telah bergegas ke tempat kejadian.

Komander Operasi, PBK II Khairul Azhar Samah berkata, kenderaan berkenaan terbabas ke dalam parit di tepi jalan sedalam 25 kaki dari aras jalan raya.

Kesemua mangsa seramai lima orang telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam.

Mngsa yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan diserahkan kepada polis.  – MalaysiaGazette